Jom gunakan sumber semulajadi ini untuk kesihatan terutamanya untuk penuaan kulit kita :
- Garam
Tahukah anda, garam dapat menghilangkan dan merawat jerawat pada muka dengan cara mengosokkan garam kasar pada kulit muka dengan di sertakan setitis minyak neem. - Air Mineral
Semburkan atau lembabkan kulit anda dengan air mineral kerana ianya dapat mengurangkan dan melegakan ruam, merah-merah pada kulit, gatal-gatal dan kulit terbakar. Kelebihan air mineral adalah ianya mempunyai 'trace mineral' yang berfungsi sebagai anti-inflammatories yang membantu melegakan lapisan kulit. - Tomato
Tomato mengandungi vitamin A dan C yang membantu menyokong pertumbuhan kulit yang sihat. Kandungan jus di dalam tomato adalah astringen semulajadi dan bersifat asid yang membantu membersihkan kulit yang berminyak.Tomato juga mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Amalkan pembersihan muka dengan tomato secara berkala kerana ianya dapat memberikan kesegaran kulit untuk tempoh yang lama. - Teh
Di dalam teh hijau atau teh hitam mengandungi fitonutrien membantu mengurangkan radang salur darah tapi hanya sesuai untuk kecederaan kulit ringan yang terbakar.
No comments:
Post a Comment