Friday 12 April 2013

Anda Minat Cerpen dan Novel ???

Anda suka membaca ? Anda pencinta novel ?
Laman Penulisan2u.my harus anda singgah !!!


Penulisan2u.my  adalah sebuah laman penulisan cerpen dan novel. Penulisan2u juga memberi peluang dan ruang
kepada sesiapa untuk berkarya.Penulisan2u juga mempunyai syarikat penerbitan sendiri iaitu KARYASENI yang kini menjalinkan kerjasama dengan syarikat Fajar Pakeer.

Penulisan2u.my mempunyai ramai penulis-penulis yang yang berbakat dan ada antara mereka yang mendapat Bestseller bagi karya mereka.Terdapat banyak koleksi cerpen dan novel dapat dilihat di Penulisan2u.my .

Jadi apa tunggu lagi !!!
Jom Layari laman http://www.penulisan2u.my/ sekarang...

Tuesday 9 April 2013

Kenali Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Logo rasmi UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ( UMP )

Rata-rata masih ramai orang masih tidak mengenali mengenai sebuah universiti yang berada di bumi Pahang ini, iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP).Kadangkala UMP ini sering di sangkakan UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. Jadi sedikit perkongsian mengenai UMP ingin dikongsikan
Mari sama-sama kita kenalinya....

Dahulunya UMP ini di kenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM).
Secara rasminya nama KUKTEM telah di tukarkan kepada nama UMP pada tarikh 8 Oktober 2006 yang setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan Malaysia. Kampus utama UMP terletak di Pekan tetapi masih dalam proses membina beberapa bangunan fakulti.UMP juga mempunyai kampus di Gambang tetapi beroperasi sebagai kampus sementara. Setakat ini baru 3 fakulti yang telah beroperasi di kampus Pekan iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan manakala selebihnya masih beroperasi di kampus Gambang sementara menunggu bangunan fakulti baru di siapkan.

Sekitar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal


Pengajian di UMP menitikberatkan dua kaedah pembelajaran iaitu teori dan praktikal. Kemudahan yang terdapat di UMP memang dalam keadaan baik dan mempunyai beberapa makmal yang merangkumi semua fakulti. Contohnya makmal automotif (Pekan), makmal mesin CNC, makmal fizik (Gambang), makmal robotik (Gambang) dan lain-lain.Kemudahan seperti Wifi tersedia di semua bangunan fakulti termasuk kafetaria pelajar, bilik diskusi, pusat aktiviti pelajar, kompleks sukan, bilik gimnasium dan lain-lain kemudahan.

Terdapat 10 buah fakulti di dalam kampus UMP, iaitu
    Sekitar Fakulti Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik


  1. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  3. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
  4. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
  5. Fakulti Kejuruteraan Sistem Komputer & Perisian
  6. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Bumi
  7. Fakulti Teknologi
  8. Fakulti Sains Industri & Teknologi
  9. Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
  10. Pusat Pengurusan Teknologi

    Jangan segan jangan malu.....
     Kunjungi laman web Universiti Malaysia Pahang (UMP) di www.ump.edu.my. sekarang !!!



Bas UMP

Perkarangan Canselari di Gambang
Mesin Lead yang terdapat di makmal UMP Pekan
Perpustakaan UMP di Pekan
Papan arah ke Kafeteria




Kolej Kediaman 2 ( KK2 )

Halaman  Fakulti Elektrik & Elektronik



Kolej Kediaman 5 ( KK5 )


Thursday 4 April 2013

SIHATKAN KULIT ANDA DENGAN SUMBER ALAM SEMULAJADI !!!




Jom gunakan sumber semulajadi ini untuk kesihatan terutamanya untuk penuaan kulit kita :

  1. Garam
    Tahukah anda, garam dapat menghilangkan dan merawat jerawat pada muka dengan cara mengosokkan garam kasar pada kulit muka dengan di sertakan setitis minyak neem.
  2. Air Mineral
    Semburkan atau lembabkan kulit anda dengan air mineral kerana ianya dapat mengurangkan dan melegakan ruam, merah-merah pada kulit, gatal-gatal dan kulit terbakar. Kelebihan air mineral adalah ianya mempunyai 'trace mineral' yang berfungsi sebagai anti-inflammatories yang membantu melegakan lapisan kulit.
  3. Tomato
    Tomato mengandungi vitamin A dan C yang membantu menyokong pertumbuhan kulit yang sihat. Kandungan jus di dalam tomato adalah astringen semulajadi dan bersifat asid yang
    membantu membersihkan kulit yang berminyak.Tomato juga mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Amalkan pembersihan muka dengan tomato secara berkala kerana ianya dapat memberikan kesegaran kulit untuk tempoh yang lama.
  4. Teh
    Di dalam teh hijau atau teh hitam mengandungi fitonutrien membantu mengurangkan radang salur darah tapi hanya sesuai untuk kecederaan kulit ringan yang terbakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share (^_^)

Cool Red Outer Glow Pointer