Sunday 23 November 2014

MAHA 2014

MAHA 2014

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera buat korang aka pembaca, hehe...



Baru-baru ini, ambe berpeluang pergi ke MAHA 2014 di Maeps, Serdang bersama-sama keluarga.
Masa tu hari sabtu kira hari pembukaan untuk orang awam. Dua hari sebelum tu, hari Khamis telah dibuka untuk orang industri jerr.

MAHA 2014 kali ini diadakan pada 20 hb - 30 hb November 2014 dan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.



Dewan Buah - Buahan


Ape yang ada kat MAHA 2014 ini ????

Untuk pengetahuan korang kat sini ade macam2 gerai dan pameran disini. Salah satunya adalah berkaitan produk halal, industri pertanian dan penternakan, produk tenusu, agro-perlancongan dan bermacam-macam lagi, banyak sangat kat sini. haha...maaf2 banyak tak ingat.

Di MAHA 2014 ini kawasannya terlalu luas untuk korang jalan2. Memang tak cukup satu hari untuk pergi semua tempat2 seperti bahagian ternakan, pertanian, pameran industri dan macam2 lagi. Paling kurang pun 2, 3 hari atau ikut suka hati laa nak pergi berapa hari nak jalan2 kat sini. Baru dapat pergi semua tempat. hehe....ikut hati masing2 yee.


Ramai ke yang datang???

Fuhh....panas jugak beratur dalam kereta sahaja sebab nak cari parking. Memang ramai yang datang. Beribu-ribu orang datang (*belas2 ribu kot, haha...). Tapi jangan risau ade banyak tempat parking berhampiran MAHA 2014, Maeps Serdang terutamanya di dataran kawad di UPM dan di Mardi UPM. Kat Parking ni ada bas Rapid Khas ke MAHA 2014. Jangan risau ada papan tanda tunjuk jalan kat UPM nanti. Kalau jumpa banyak kereta beratur panjang kat UPM tu dah betul laa korang kat situ. Yang penting hati mau kental maa... nak beratur berderet.Huhuu...

Bas Ke MAHA 2014


Kalau korang nak datang atau parking kenderaan berdekatan Stesen Keretapi (KTM) Serdang pun boleh sebab kat situ ada bas rapid yang khas bawa korang ke MAHA 2014. Ingat !!!! Cari bas Rapid yang ade tulis MAHA 2014 kat cermin depan bas.

Hmm....nak tulis pun tak guna jugak nak gambarkan keseluruhan MAHA 2014 ini. haha....korang kena pergi laa kalau nak tahu best ke tak.

Okey laa....satu jer nak pesan kat korang. Selamat berjalan-jalan di MAHA 2014 (^_^)

Friday 7 November 2014

Diabetes Miracle Cure



Wanna know the weird 30-second trick to cures diabetes ????




Get Diabetes Miracle Cure Now !!! and you will be given 5 FREE Bonuses. 


      >>>   Diabetes Miracle Cure   <<<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share (^_^)

Cool Red Outer Glow Pointer