Thursday 17 October 2013

Mandi Minyak

Mandi Minyak


Mandi minyak di dalam Silat Seni Gayong bukan lah suatu amalan atau upacara untuk menjadi kebal seperti yang disalah ertikan oleh segelintir masyarakat. Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu dahulu di mana ia adalan betujuan untuk perubatan dan menguji keyakinan di dalam diri. Ketika upacara ini anak gayong akan menyepuh minyak permukaan minyak panas dan disapukan pada muka, sepuhan kedua disapukan ke seluruh tangan dan sepuhan ketiga disapukan pada kaki dan seluruh badan.

Proses penyediaan upacara mandi minyak:
  • Dimulakan dengan seorang dalang atau ketua (gurulatih lama).
  • Dalang akan makan tujuh jenis kuih tradisional. 
  •  Anak gayong yang menyertai mula membaca surah al-Ikhlas sepanjang upacara berlansung.  
  • Dalang akan memulakan kupas kelapa dan memecah kelapa sebanyak 3 biji seorang dan diikuti oleh gurulatih kanan, gurulatih, jurulatih dan anak gayong yang lain.
  • Proses mengukur kelapa dimulakan setelah kelapa dipecahkan.
  • Setelah kelapa dikukur proses pemerahan santan kedalam bekas secara bergilir – gilir.
  •  Kawah dan api sudah disediakan
  • Santan di tuang kedalam kawah dan di kacau bergilir – gilir sambil membaca surah al – Ikhlas.
  • Setelah santan mendidih dan pecah minyak , maka upacara menyepuh minyak dimulakan dan diketuai oleh guru kanan.
  • Setelah disapukan keseluruh badan, urut pada seluruh badan.


Kebiasaanya setelah selesai sahaja upacara mandi minyak anak gayong akan diuji dengan ujian berjalan di atas bara api dan terjun di atas kaca. Ia untuk menguji keyakinan diri setiap anak gayong bahawa tidak takut pada cabaran yang diberikan dan yakin bahawa barang (makhluk) tidak dapat memberi mudarat kecuali dengan izin ALLAH.

Tuesday 15 October 2013

Lagu Rasmi Gayong


Dengan  Bismillah  mula  dikata
Mengingati  kebesaran  Allah  yang  Mulia
Kerana  wajib  telah  ternyata
Segala  perbuatan  mahulah  diserta
Seni  Gayong  Payung  Pusaka
Naungan  aneka  hikmat  mulia
Rahsia  tersimpan  dipurbakala
ilham  menyusul  zahir  semula
Niatnya  bersih,  baunya  suci
Berseni  kepada  Putera  dan  Puteri
Agama  yang  Mulia  dijunjung  tinggi 
Belalah  bangsa  adat  dan  negeri

chorus
  
Gayong  bercantum  bersatu  padu
Mengingat  junjungan  empunya  seru
Sama  sendiri  bantu  membantu
Selamat  Sejahtera  hajat  dituju
Gayong  bercantum  bersatu  padu
Mengingat  junjungan  empunya  seru
sama  sendiri  bantu  membantu
Selamat  sejahtera  hajat  dituju




Lagu Rasmi Gayong



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share (^_^)

Cool Red Outer Glow Pointer