Thursday 4 April 2013

SIHATKAN KULIT ANDA DENGAN SUMBER ALAM SEMULAJADI !!!




Jom gunakan sumber semulajadi ini untuk kesihatan terutamanya untuk penuaan kulit kita :

  1. Garam
    Tahukah anda, garam dapat menghilangkan dan merawat jerawat pada muka dengan cara mengosokkan garam kasar pada kulit muka dengan di sertakan setitis minyak neem.
  2. Air Mineral
    Semburkan atau lembabkan kulit anda dengan air mineral kerana ianya dapat mengurangkan dan melegakan ruam, merah-merah pada kulit, gatal-gatal dan kulit terbakar. Kelebihan air mineral adalah ianya mempunyai 'trace mineral' yang berfungsi sebagai anti-inflammatories yang membantu melegakan lapisan kulit.
  3. Tomato
    Tomato mengandungi vitamin A dan C yang membantu menyokong pertumbuhan kulit yang sihat. Kandungan jus di dalam tomato adalah astringen semulajadi dan bersifat asid yang
    membantu membersihkan kulit yang berminyak.Tomato juga mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Amalkan pembersihan muka dengan tomato secara berkala kerana ianya dapat memberikan kesegaran kulit untuk tempoh yang lama.
  4. Teh
    Di dalam teh hijau atau teh hitam mengandungi fitonutrien membantu mengurangkan radang salur darah tapi hanya sesuai untuk kecederaan kulit ringan yang terbakar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share (^_^)

Cool Red Outer Glow Pointer