Tuesday 9 April 2013

Kenali Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Logo rasmi UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ( UMP )

Rata-rata masih ramai orang masih tidak mengenali mengenai sebuah universiti yang berada di bumi Pahang ini, iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP).Kadangkala UMP ini sering di sangkakan UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. Jadi sedikit perkongsian mengenai UMP ingin dikongsikan
Mari sama-sama kita kenalinya....

Dahulunya UMP ini di kenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM).
Secara rasminya nama KUKTEM telah di tukarkan kepada nama UMP pada tarikh 8 Oktober 2006 yang setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan Malaysia. Kampus utama UMP terletak di Pekan tetapi masih dalam proses membina beberapa bangunan fakulti.UMP juga mempunyai kampus di Gambang tetapi beroperasi sebagai kampus sementara. Setakat ini baru 3 fakulti yang telah beroperasi di kampus Pekan iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan manakala selebihnya masih beroperasi di kampus Gambang sementara menunggu bangunan fakulti baru di siapkan.

Sekitar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal


Pengajian di UMP menitikberatkan dua kaedah pembelajaran iaitu teori dan praktikal. Kemudahan yang terdapat di UMP memang dalam keadaan baik dan mempunyai beberapa makmal yang merangkumi semua fakulti. Contohnya makmal automotif (Pekan), makmal mesin CNC, makmal fizik (Gambang), makmal robotik (Gambang) dan lain-lain.Kemudahan seperti Wifi tersedia di semua bangunan fakulti termasuk kafetaria pelajar, bilik diskusi, pusat aktiviti pelajar, kompleks sukan, bilik gimnasium dan lain-lain kemudahan.

Terdapat 10 buah fakulti di dalam kampus UMP, iaitu
    Sekitar Fakulti Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik


  1. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  3. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
  4. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
  5. Fakulti Kejuruteraan Sistem Komputer & Perisian
  6. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Bumi
  7. Fakulti Teknologi
  8. Fakulti Sains Industri & Teknologi
  9. Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
  10. Pusat Pengurusan Teknologi

    Jangan segan jangan malu.....
     Kunjungi laman web Universiti Malaysia Pahang (UMP) di www.ump.edu.my. sekarang !!!



Bas UMP

Perkarangan Canselari di Gambang
Mesin Lead yang terdapat di makmal UMP Pekan
Perpustakaan UMP di Pekan
Papan arah ke Kafeteria




Kolej Kediaman 2 ( KK2 )

Halaman  Fakulti Elektrik & Elektronik



Kolej Kediaman 5 ( KK5 )


12 comments:

  1. Salam , nak tanya . Saya dapat Kejuruteraan Mekanikal . Means saya akan di tempatkan di Campus Pekan la ye ? and di campus pekan ada kemudahan kompleks sukan tak ? macam gelanggang squash dan lain lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, yupp, setakat nie fakulti yg dah siap kat pekan fakulti elektrik, fakulti mekanikal dan fakulti pembuatan. buat masa nie kompleks sukan blum di bina lg tp kat ump gambang ade sume kelengkapan kat sana. Kat pekan skrang nie yg ade tersedia pun gelangang futsal , basketball, kayak, tempat joging.

      Delete
  2. knpe susah sgt nak dpt info psal ump nie. Dah banyak blog diusyar tapi tak dpat bnyak info.Gambar pon sikit je. Saya ada terbaca satu blog nie cakap kehidupan di ump bosan dibandingkan universiti lain.betul ke?harap tidak. Thanks ye tuan punye blogger nie bagi sedikit info.keep it up.

    ReplyDelete
  3. haha.. mmg agak kurang gak pasal ump nie. apa pun sedikit tips utk adik2 , jgn banding beza ngan universiti lain, setiap dari universiti pasti ade kelebihan, dan ramai alumni UMP bangga dgn UMP sbb kita ni universiti Kejuruteraan terulung malaysia, dan graduan kita mmg HOT di pasaran..

    ReplyDelete
  4. http://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=KA16155

    ReplyDelete
  5. Salam. Sy terpilih untuk medsi di ump tp dekat ump gambang or pekan? Confius.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share (^_^)

Cool Red Outer Glow Pointer