Wednesday 27 March 2013

KERS Dalam Jentera F1

KERS dalam jentera Formula Satu (F1)

Apa itu KERS?

KERS adalah singkatan daripada Kinetic Energy Recovery System yang berfungsi sebagai pemulih tenaga sewaktu proses membrek. Haba yang terhasil daripada proses membrek kemudiannya di simpan sebagai tenaga dan di tukarkan kepada tenaga kuasa yang membantu jentera meningkatkan pecutan.











 KERS

Cara KERS berfungsi?

2 perkara penting dalam KERS iaitu flywheel dan bateri. Sistem elektrikal menggunakan penjana-motor yang di bina dalam transmisi jentera yang berperanan menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik ataupun sebaliknya.  Flywheel berputar apabila mendapat tenaga melalui sistem mekanikal yang menangkap tenaga brek. Apabila tenaga telah dimanfaatkan, ia disimpan di dalam bateri dan dikeluarkan apabila diperlukan.

Ciri-ciri KERS :

  • Berat bagi sebuah KERS kira-kira 35 - 45 kg
  • Mampu menyimpan tenaga sebanyak 400 kJ
  • Kuasa maksimum yang di hasilkan adalah sebanyak 60 kW atau menghampiri 80bhp
  • KERS mampu mempercepatkan masa sesebuah jentera lumba  dalam masa 6.67 saat bagi setiap pusingan litar lumba.



Lihat video mengenai cara KERS berfungsi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share (^_^)

Cool Red Outer Glow Pointer